KUALA LUMPUR: Perseteruan Jorge Martin dan Francesco Bagnaia yang akan berentap di litar Sepang, minggu ini kian hangat apabila gelaran juara dunia berkemungkinan akan menjadi milik Martin.
Martin yang berkelebihan sebanyak 17 mata menjelang baki dua pusingan terakhir, sedang bekerja keras untuk merangkul gelaran pertamanya sebagai penunggang Ducati Pramac.
Juara berganda, Bagnaia menegtahui bahawa beliau tidak seharusnya membuat kesilapan dan pesaingnya mengikut perkiraan matematik boleh mengesahkan kejuaraannya di Malaysia.
Martin yang mengalami beberapa saat yang mencemaskan ketika di Grand Prix (GP) Thailand, berjaya keluar dari hujung minggu yang sukar tanpa sebarang kecederaan dalam pertarungan gelaran berkenaan.
“Anda harus percaya, memang sukar untuk menjadi Bagnaia atau saya pada tahap kejuaraan ini.
“Beliau sentiasa sukar untuk dikalahkan. Dia adalah juara yang hebat. Bagi saya, adalah satu penghormatan untuk berada pada tahap ini dalam kejuaraan bertarung dengannya,” kata Martin.
Keputusan di Litar Buriram bermakna kini ianya adalah pertarungan langsung antara Bagnaia dan Martin yang boleh mengesahkan gelaran sekiranya beliau mengatasi Bagnaia dengan 21 mata di Sepang.
Pertarungan Martin dan Bagnaia berkemungkinan juga akan berlanjutan di GP Valencia, Sepanyol yang menjadi perlumbaan terakhir MotoGP musim ini yang mana menawarkan mata maksimum sebanyak 74 dalam musim ini. – AGENSI