Persidangan MDX 2024 bakal ubah landskap digital negara

Persidangan MDX 2024 bakal ubah landskap digital negara


KUALA LUMPUR – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menganjurkan Persidangan Malaysia Digital Xceleration (MDX) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 24 hingga 25 Oktober ini.

Ketua Komunikasi Korporat MDEC, Norazlin Hassan berkata, MDX 2024 dianjurkan dengan kerjasama Synapze sebagai rakan strategik dalam usaha mengubah landskap digital negara dengan menampilkan teknologi generasi terkini yang bakal membentuk kehidupan, pekerjaan dan cara interaksi rakyat Malaysia.

Kata MDEC, persidangan itu akan memberi tumpuan kepada lima bidang transformasi, persidangan ini bertujuan untuk memajukan ekonomi digital negara serta memperkukuhkan daya saing di peringkat serantau.

“Persidangan MDX 2024 akan memberi penekanan terhadap lima teras utama iaitu Data Trust yang menumpukan kepada keselamatan siber dan kriptografi bagi membolehkan interaksi dan transaksi digital yang selamat dan dipercayai.

“Next-Gen Computing memaparkan kemajuan dalam teknologi Unit Pemprosesan Grafik (GPU), Perkomputeran Kuantum (Quantum Computing), Perkomputeran Tanpa Pelayan (Serverless Computing), Perkomputeran Pinggir (Edge Computing) dan Model Bahasa Besar (Large Language Models (LLM) untuk menyelesaikan cabaran global yang kompleks.

“Computer Vision pula memperkasakan mesin untuk melihat, mentafsir dan mengubah persekitaran kita manakal Metaverse, mengubah cara hidup, bekerja dan bermain melalui pengalaman digital yang imersif serta Digital Twins, merevolusikan industri seperti penjagaan kesihatan dan automotif dengan replikasi digital yang meningkatkan kecekapan dan inovasi,” katanya dalam satu kenyataan.

MDEC yang merupakan agensi di bawah Kementerian Digital menyasarkan lebih 3,000 pengunjung akan menghadiri MDX 2024.

Ketua Komunikasi Korporat MDEC, Norazlin Hassan.

Mengulas lanjut, Norazlin memberitahu, Persidangan MDX 2024 juga akan membincangkan mengenai kemampuan teknologi dalam memperkukuh kedudukan Malaysia dalam era digital melalui sesi ucaptama yang menarik, perbincangan panel pakar dan pameran yang interaktif.

Katanya, dengan memanfaatkan teknologi inovatif, persidangan itu menyasarkan untuk mempercepatkan misi negara menjadi kuasa digital global sekali gus membuka langkah dalam persaingan landskap digital yang semakin kompetitif.

Persidangan ini juga akan menampilkan dua penceramah utama yang juga pakar antarabangsa yang terkenal dalam kesiapsiagaan dan penerapan teknologi digital seperti Fleur Pellerin iaitu bekas Menteri Perancis untuk PKS, Inovasi, dan Ekonomi Digital yang  akan membincangkan mengenai “Dasar, Teknologi dan Masa Depan Inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Tomorrow, Mike Walsh iaitu sebuah firma perunding global yang memberi tumpuan kepada syarikat abad ke-21 akan berkongsi pandangan mengenai “Cara Membangunkan Tamadun Berkuasa AI”.

Persidangan MDX 2024 turut BlackBerry akan menampilkan penyelesaian keselamatan siber terbarunya dan berkongsi pandangan mengenai komitmen Malaysia terhadap transformasi digital yang selamat dan berdaya tahan. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top