yusmizal@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pertandingan Akhir Pantun Bertemakan Peribahasa DRB-HICOM Bersama Harian Metro 2025 Peringkat Selangor yang dijadualkan berlangsung esok, ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Pengarang Berita Kanan Harian Metro, Noor Azam Ab Aziz berkata, keputusan itu dibuat atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Katanya, program dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu akan diteruskan dengan tema yang sama pada tarikh yang akan ditentukan nanti.
“Dua pasukan iaitu Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari Subang Jaya, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong sudah dimaklumkan mengenai perubahan itu,” katanya.
Pertandingan akhir berkonsepkan pantun lakon itu akan itu akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan Youtube Harian Metro.
© New Straits Times Press (M) Bhd





