Pertarungan sengit Grand Final Kuda Merah kembali gegar Titiwangsa

Pertarungan sengit Grand Final Kuda Merah kembali gegar Titiwangsa


Rosli (tengah) bersama peninju pada sesi timbang berat.

KEJOHANAN Grand Final Kuda Merah Muay Thai Challenge kembali lagi dengan menjanjikan aksi panas dan pertarungan sengit di Stadium Titiwangsa pada Sabtu dan Ahad ini.

Presiden Kelab Muaythai Kuda Merah, Rosli Yaacob berkata, edisi kali ini menampilkan rangkaian pertarungan regu tempatan terbaik yang sedang berada pada prestasi optimum.

“Untuk Grand Final kali ini, kita tampilkan hanya regu-regu tempatan sahaja.

“Ini kerana terdapat beberapa isu teknikal melibatkan peninju luar negara termasuk urusan visa.

“Semua regu yang dipilih merupakan yang terbaik di Malaysia pada ketika ini dan kita jangka aksi yang dipersembahkan nanti sangat panas dan hebat,” katanya kepada Sukan Sinar pada sesi timbang berat yang diadakan di Stadium Titiwangsa pada Jumaat.

Menurut Rosli, sebanyak enam pertarungan dijadualkan pada malam pertama manakala tujuh pertarungan akan berlangsung pada malam kedua.

“Persiapan untuk kali ini kita buat secara sederhana tetapi pertarungan dipersembahkan nanti tetap hebat,” katanya.

Beliau berkata, beberapa pertarungan tumpuan bakal menarik minat peminat sukan tempur itu termasuk penampilan artis Fezrul Khan yang akan membuat kemunculan pada Sabtu.

Turut menjadi perhatian ialah aksi peninju wanita meningkat naik, Ecah Gomo yang dijangka memberikan persembahan bertenaga.

Selain itu, Rosli berkata banyak lagi pertarungan menarik menanti peminat dan beliau menjemput orang ramai hadir menyaksikan Grand Final Kuda Merah.

Tiket kejuaraan kini boleh didapati melalui ejen-ejen atau secara dalam talian pada harga RM20.

Ringkasan AI

  • KEJOHANAN Grand Final Kuda Merah Muay Thai Challenge akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada Sabtu dan Ahad ini
  • Edisi kali ini hanya menampilkan regu-regu tempatan kerana isu teknikal termasuk urusan visa
  • Sejumlah enam pertarungan dijadualkan pada malam pertama dan tujuh pertarungan pada malam kedua
  • Fezrul Khan dan Ecah Gomo antara tumpuan utama dalam kejuaraan ini
  • Tiket boleh didapati secara dalam talian pada harga RM20



Source link

OR

Scroll to Top