Pertembungan tiga penjuru hangatkan pemilihan Timbalan Presiden PSM

Pertembungan tiga penjuru hangatkan pemilihan Timbalan Presiden PSM


Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)

PEMILIHAN jawatan Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi penggal 2025-2028 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Ahad ini dibarakan dengan persaingan sengit antara tiga calon.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh berkata, Pengerusi Jawatankuasa Bebas Pemilihan Jawatan Tertinggi PSM, Profesor Dr Mohad Anizu Mohd Nor mengesahkan tiga calon melepasi tapisan dan layak bertanding bagi mengisi dua kekosongan jawatan nombor dua badan induk itu.

“Jawatan Timbalan Presiden PSM menyaksikan penyandang Datuk Abdul Halim Suleiman (Johor) dan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (Perak) akan dicabar Syed Azmir Syed Ahmad (Perlis).

“Jawatan Naib Presiden pula menyaksikan tiga penyandang Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (Terengganu), Wan Mohd Husni Abdullah (Negeri Sembilan), Datuk Abu Jimi Samat (Pahang) dicabar Datuk Ahmad Zaffry Sulaiman (Selangor) merebut tiga kekosongan,” katanya kepada pada Jumaat.

Sebagai rekod, jawatan Presiden PSM kekal milik penyandangnya, Datuk Mohd Sumali Reduan, apabila beliau menang tanpa bertanding.



Source link

OR

Scroll to Top