Pertumbuhan rumput Stadium Darul Makmur melebihi 80 peratus

Pertumbuhan rumput Stadium Darul Makmur melebihi 80 peratus



sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Proses pertumbuhan rumput `Bermuda Tifgrand’ sejak ia ditanam pada hujung November lalu mencapai tahap lebih 80 peratus setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, dengan perkembangan itu, pertumbuhan rumput dijangka matang sepenuhnya menjelang Mac depan.

“Alhamdulillah, proses pertumbuhan mengikut jadual ditetapkan dalam tempoh enam minggu ini yang kini melebihi 80 peratus walaupun berdepan dengan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Namun, kita optimis bahawa rumput yang berasal dari Jepun ini akan matang pada penghujung Mac depan.

“Saya juga melihat sendiri akar rumput Bermuda Tifgrand ini tumbuh dengan baik dan banyak perkembangannya berbanding lawatan saya sebelum ini,” katanya.

Tinjauan di Stadium Darul Makmur hari ini mendapati selepas lebih enam  minggu ditanam, keadaan rumput di padang stadium itu mula ditumbuhi rumput dan kehijauan.

Tahun lalu, Kerajaan Pahang melalui PSDM memaklumkan bahawa rumput `Bermuda Tifgrand’ yang ditanam di Stadium Darul Makmur adalah jenis terbaharu dan pertama dalam industri rumput padang sukan di negara ini dengan jangkaan matangnya pada Mac ini.

Sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan bagi kerja menaik taraf Stadium Darul Makmur, termasuk pertukaran rumput baharu dan sistem saliran padang.

Peruntukan itu, masing-masing RM1.1 juta daripada Kerajaan Pahang dan RM500,000 lagi daripada geran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top