July 23, 2024

Peruntukan RM18 juta: Gerakan dakwa cubaan beli pengundi DUN Sungai Bakap  

Peruntukan RM18 juta: Gerakan dakwa cubaan beli pengundi DUN Sungai Bakap  


KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengambil serius pengumuman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang dilapor memberi peruntukan hampir RM18 juta kepada Pulau Pinang dalam sebuah Majlis Sentuhan Kasih yang berlangsung, semalam.

Presidennya, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan itu boleh dianggap sebagai usaha membeli undi walaupun alasan menjalankan tanggungjawab yang ada serta pengaruh tidak wajar oleh parti kerajaan terhadap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bakal menghadapi pilihan raya pada 6 Julai depan.

Selain itu Dominic mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengambil kesempatan sempena Hari Raya AidilAdha dengan pemberian ‘gula-gula’ sebanyak RM290,000 kepada kepada sembilan masjid dan 20 surau di Sungai Bakap dengan harapan dapat merampas kerusi DUN tersebut.

“Kerajaan Madani dilihat sangat kebal melakukan pelanggaran demi pelanggaran terhadap etika pilihan raya yang telah di buat bermula daripada PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) dan kali ini PRK Sungai Bakap.

“Perbuatan terkutuk ini dibuat demi mengekalkan kuasa dan jawatan. Dengan mentaliti ini, eksploitasi politik wang berasaskan kepentingan parti berterusan, menjadi norma harian Kerajaan Madani.

“Ini menyebabkan ketidaksamaan yang lebih besar dalam gelanggang pilihan raya antara pembangkang dan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan menghentikan amalan tidak beretika yang bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang yang sama rata dalam pilihan raya.

Katanya, Gerakan mahu supaya diwujudkan sebuah garis panduan menyeluruh berkenaan etika kerajaan sementara dan kerajaan bukan sementara semasa tempoh pilihan raya sebaik sahaja terdapat pembubaran Parlimen atau DUN.

“Penting untuk diingatkan nasib dan kemajuan rakyat Malaysia kini dipegang oleh seorang pemimpin bukan berakal dan tidak berjiwa rakyat.

“Gerakan berharap semua rakyat memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri dan Kabinet beliau yang sama sekali tidak berfungsi sehingga hari ini.

“Pengundi Sungai Bakap perlu introspeksi dan bertanya kepada diri sendiri, adakah Kerajaan Madani mampu menjaga seperti perkhidmatan terbaik yang telah dibuat oleh bekas ADUN Sungai Bakap daripada Perikatan Nasional,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:-

KPKT peruntukan hampir RM18 juta laksana 10 projek di P. Pinang



Source link

OR

Scroll to Top