Berlin: Israel menerbangkan pesawat rasmi kerajaan ke Jerman dan meletakkannya di lapangan terbang Berlin sebagai langkah keselamatan, menurut sumber kerajaan Jerman.
Langkah itu dibuat selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel membunuh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Serangan berkenaan turut mencetuskan konflik di rantau itu.
Laporan media yang memetik data daripada perkhidmatan penjejakan penerbangan Flightradar24 menyatakan, pesawat itu berlepas dari Israel pada awal petang Sabtu dan berlegar di atas Laut Mediterranean sebelum terbang ke Jerman pada waktu malam.
Sumber kerajaan Jerman berkata, penerbangan itu didaftarkan lebih awal oleh kerajaan Israel.
Menurut sumber itu, hanya kru pesawat berada di dalam pesawat berkenaan.
Pesawat rasmi Israel, ‘Wing of Zion’ ialah sebuah Boeing 767 yang dilengkapi khas untuk perjalanan rasmi kerajaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd






