Salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu, Haikal Luqman tampil meluahkan rasa terkilan selepas jemputannya sebagai panel sebuah program berkaitan Palestin dibatalkan pada saat akhir dengan alasan tidak mempunyai populariti.
Menerusi perkongsian peribadinya, Haikal mengakui pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam dek kerana program tersebut sepatutnya membincangkan isu serius seperti sumud dan geopolitik Palestin.
“Hari semalam memang hari yang sedih tapi saya belajar sesuatu.
“Dua entiti asalnya hantar jemputan untuk kongsi pasal Sumud dan geopolitik Palestin. Seminggu sebelum program mereka bagitahu semalam, mereak batalkan jemputan saya dengan alasan saya tak popular.
“Tak sangka, sekarang nak dijemput kena popular. Lagi pula nak bincang isu Palestin. Begitulah dunia,” katanya.

Perkongsian itu bagaimanapun menerima respons dalam kalangan peserta misi GSF yang terlibat anataranya, Musa Nuwayri, Zizi Kirana, Haroqs dan Ilya Balqis.




Tidak habis disitu, kenyataan Haikal turut menimbulkan simpati dan perdebatan dalam kalangan warganet yang berpendapat topik kemanusiaan tidak sepatutnya diukur berdasarkan jumlah pengikut atau status selebriti.
Sekali gus menyifatkan tindakan penganjur sebagai tidak profesional dan bertentangan dengan semangat solidariti yang cuba diketengahkan dalam isu Palestin.
Bagaimanapun, setakat ini pihak penganjur program berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung isu tular.





