Pesta Super GT kembali gegar Sepang

Pesta Super GT kembali gegar Sepang


Deruman enjin jentera Super GT dijangka bergema di SIC hujung Jun.

DERUMAN enjin Autobacs Super GT bakal bergema semula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), selepas 12 tahun menyepi, apabila Malaysia mendapatkan perjanjian tiga tahun menganjurkan siri perlumbaan berprestij berkenaan.

Pemegang hak dan penganjur pusingan Malaysia, HARO Sports & Entertainment, dengan kerjasama GT Association (GTA), mengumumkan kembalinya perlumbaan pada 27 hingga 28 Jun depan.

Perlumbaan menampilkan 30 kereta lumba GR86 canggih dalam Siri Piala GR86 Malaysia 2025 yang pertama, bersama perlumbaan utama SUPER GT.

Malaysia akan menjadi perhentian ketiga dalam kalendar 2025, yang merangkumi tujuh perlumbaan di Jepun.

“SUPER GT terkenal dengan suasana karnivalnya. Ia adalah acara unik yang membolehkan peminat mendekati pemandu dan pasukan kegemaran mereka.

“Festival tahun ini juga akan meraikan budaya Jepun dengan pelbagai aktiviti,” kata Rakan Pengurusan HARO Sports & Entertainment, Fahrizal Hasan.

Perlumbaan meliputi jarak 300 kilometer (km) akan mempamerkan pengeluar jentera terkemuka dunia seperti Nissan, Lexus, Toyota, Honda, Subaru, Aston Martin, Lamborghini, Mercedes-Benz, Ferrari, dan BMW.

Tiket untuk acara ini boleh didapati secara dalam talian di [www.supergtmalaysia.com](https://www.supergtmalaysia.com).

KALENDER SUPER GT 2025

PUSINGAN 1:

Litar Antarabangsa Okayama (13 April)

PUSINGAN 2:

Fuji Speedway (4 Mei)

PUSINGAN 3:

Litar Antarabangsa Sepang (27-28 Jun)

PUSINGAN 4:

Fuji Speedway (3 Ogos)

PUSINGAN 5:

Litar Suzuka (24 Ogos)

PUSINGAN 6:

Sportsland Sugo (21 September)

PUSINGAN 7:

Litar Antarabangsa Autopolis (19 Oktober)

PUSINGAN 8:

Mobility Resort Montegi (2 November)



Source link

OR

Scroll to Top