nooratiqah.sulaiman@bh.com.my
Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan beberapa kawasan di sekitar Petaling Jaya akan mengalami gangguan elektrik antara dua hingga empat jam.
Bagaimanapun, TNB dalam kenyataan memaklumkan tempoh pemulihan itu bergantung kepada situasi semasa.
“Pasukan teknikal kami sudah berada di lokasi untuk melakukan kerja membaik pulih bekalan elektrik.
Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.
Berikutan itu, TNB berharap pengguna untuk berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik terutamanya ketika tembop gangguan bekalan itu berlaku.
“Kerana bekalan elektrik mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd