Pharmaniaga dikeluarkan dari status PN17 esok

Pharmaniaga dikeluarkan dari status PN17 esok


PETALING JAYA: Pharmaniaga Bhd akan dikeluarkan daripada status Nota Amalan 17 (PN17) berkuat kuasa esok, selepas berjaya menstabilkan semula kedudukan kewangannya.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia Securities Bhd. memaklumkan, pengeluaran status tersebut akan berkuat kuasa pada pukul 9 pagi esok kerana kumpulan farmaseutikal itu tidak lagi memenuhi mana-mana kriteria di bawah Perenggan 2.1 PN17 dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Bursa Securities berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan syarikat di bawah PN17 dan Guidance Note 3 (GN3) bagi memastikan pematuhan kepada keperluan penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE.

Sehingga 10 Mac, sebanyak 13 syarikat diklasifikasikan di bawah PN17 di Bursa Malaysia, manakala empat syarikatberada di bawah GN3.

Pharmaniaga Berhad mula jatuh ke status PN17 selepas mengiktiraf peruntukan inventori sebanyak RM552.3 juta bagi vaksin Covid-19 Sinovac covid-19 vaksin.

Kemerosotan nilai tersebut menyebabkan syarikat mencatat kerugian bersih suku tahunan rekod RM664.39 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022, serta kerugian bersih tahunan RM607.32 juta.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top