Piala Agong: Terengganu sedia uji keampuhan Johor

Piala Agong: Terengganu sedia uji keampuhan Johor


Tonggak import Waidilo Alipate menjadi taruhan Terengganu dalam misi melebarkan rentak kemenangan kumpulan B Piala Agong apabila melayan kunjungan Johor di Kuala Nerus petang ini. Foto Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

PENGURUS skuad ragbi Piala Agong Terengganu, Mohd Haqiuddin Adli Rabu menegaskan pasukannya akan terus mengekalkan corak permainan asal ketika melayan kunjungan pendahulu Kumpulan B, Johor di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus pada petang ini.

Terengganu berstatus rekod tanpa tewas, yang baru sahaja membenam Pahang 57-20, bakal berdepan ujian getir menentang Johor kendalian legenda All Blacks, Rodney So’oialo, yang juga masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas membelasah ATM 65-14.

Menurut Haqiuddin, tidak ada sebab untuk Terengganu mengubah taktikal hanya kerana berdepan lawan dari selatan yang digeruni itu.

“Taktikal masih sama, kami akan teruskan dengan corak serangan yang telah ditetapkan oleh barisan jurulatih. Tiada perubahan walaupun menentang Johor,” katanya kepada Sukan Sinar.

Ditanya sama ada Terengganu akan mengambil risiko dengan pendekatan luar kebiasaan untuk mencipta kejutan, beliau menegaskan skuad kendaliannya tetap fokus pada persiapan seperti biasa.

“Kami akan hadapi perlawanan ini sama seperti menentang lawan-lawan sebelum ini,” ujarnya.

Johor dilihat pasukan paling konsisten setakat ini, namun Haqiuddin menegaskan anak buahnya tidak gentar dengan reputasi lawan, sebaliknya bertekad memberi cabaran bermakna di hadapan penyokong sendiri.

“Kami yakin mampu memberi sesuatu dan cabaran ke atas Johor. Ini gelanggang kami, dan ini peraturan kami our home, our rules,” tegasnya.

Pertembungan dua pasukan pilihan kumpulan ini dijangka menjadi tumpuan utama saingan Piala Agong hujung minggu ini, dengan Johor mahu mengekalkan rekod sempurna manakala Terengganu berazam membuktikan mereka pencabar sebenar.

Ringkasan AI

  • Pengurus skuad ragbi Piala Agong Terengganu, Mohd Haqiuddin Adli Rabu menegaskan pasukannya akan terus mengekalkan corak permainan asal ketika melayan kunjungan pendahulu Kumpulan B, Johor
  • Terengganu berstatus rekod tanpa tewas, bakal berdepan ujian getir menentang Johor kendalian legenda All Blacks, Rodney So’oialo
  • Menurut Haqiuddin, tidak ada sebab untuk Terengganu mengubah taktikal hanya kerana berdepan lawan dari selatan yang digeruni itu
  • Johor dilihat pasukan paling konsisten setakat ini, namun Haqiuddin menegaskan anak buahnya tidak gentar dengan reputasi lawan
  • Pertembungan dua pasukan pilihan kumpulan ini dijangka menjadi tumpuan utama saingan Piala Agong hujung minggu ini



Source link

OR

Scroll to Top