Piala ASEAN 2024: Cabaran Harimau Muda B-19 terhenti separuh akhir

Piala ASEAN 2024: Cabaran Harimau Muda B-19 terhenti separuh akhir


HASRAT skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) untuk mengekalkan kejuaraan Piala ASEAN terhenti di separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada Indonesia di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya pada Sabtu.

Harimau Muda B-19 kendalian Juan Torres Garrido yang tampil dengan status juara Kumpulan C bermula baik apabila menguasai permainan mengasak bahagian pertahanan Garuda Muda B-19.

Biarpun beberapa percubaan berjaya dilakukan jentera serangan skuad negara, namun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan menyaksikan kedua-dua pasukan menuju bilik persalinan terikat tanpa jaringan.

Separuh masa kedua, Harimau Muda B-19 menggandakan serangan ketika Garuda Muda B-19 lebih tenang menyerap asakan bertali arus skuad Garrido.

Garuda Muda dilatih Indra Sjafri yang berstatus juara Kumpulan A akhirnya menjelmakan karakter apabila pemain pertahanan Borneo FC Samarinda, Muhammad Alfharezzi Buffon menterjemahkan percubaan dalam bentuk jaringan menewaskan penjaga gol Haziq Aiman Mohd Esa minit ke-78.

Indonesia akan berdepan dengan Thailand dalam perlawanan akhir setelah skuad Gajah Perang Muda tersebut mengejutkan pasukan pilihan Australia, 1-0.

Gol jaringan sendiri Dylan Leonard pada minit ke-13, sudah cukup membolehkan angkatan Emerson Pereira Da Silva mengakhiri cabaran skuad Trevor Morgan.

Australia akan membuat perhitungan dengan Malaysia bagi penentuan tempat ketiga keempat di Gelora Bung Tomo Stadium, Surabaya pada 29 Julai manakala Thailand akan berentap dengan Indonesia bagi penentuan kejuaraan edisi Surabaya 2024 selepas itu di venue sama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top