Haykal Danish ketika menyertai Siri Jelajah Harimau Malaya ke New Zealand pada 10 Oktober lalu. Foto Football Association of Malaysia
PEMAIN pertahanan Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar dan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa dipanggil pengendali negara, Pau Marti Vicente bagi menyertai Harimau Malaya ke Piala ASEAN.
Harith Haiqal, 22, menggantikan pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Harith Samsuri, 24, yang mengalami kecederaan.
Haziq Aiman, 19, pula menggantikan penjaga gol Terengganu FC, Muhammad Rahadiazli Rahalim, 23, yang berdepan masalah kesihatan.
Sementara itu, Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon, 19, dari skuad Bawah 23 (B-23) tahun Selangor FC pula dipanggil sebagai pemain tambahan jika berlaku kecederaan atau sebarang kemungkinan terhadap pemain lain.
Senarai akhir 26 pemain untuk didaftarkan bagi kempen Piala ASEAN hanya akan dimuktamadkan pada Sabtu, sehari sebelum perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia bertemu Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada Ahad.
Sebagai rekod, Piala ASEAN akan menyingkap tirai bermula dari 8 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025.