Piala Asia B-18: Jepun ujian sebenar Young Tigers

Piala Asia B-18: Jepun ujian sebenar Young Tigers


Penduduk Taman Tasik Biru, Kundang desak tindakan segera isu debu, bunyi bising dan keselamatan akibat projek pusat data berhampiran kawasan perumahan.

KETUA jurulatih skuad remaja negara, Mohd Sufian Mohamad, menyifatkan aksi menentang Jepun dalam saingan Piala Asia Bawah 18 Tahun (B-18) di China pada Isnin sebagai ujian sebenar buat Young Tigers.

Kemenangan ke atas negara Matahari Terbit dalam aksi keempat itu membuka peluang cerah buat skuad Young Tigers untuk melangkah ke separuh akhir selepas cemerlang dalam tiga perlawanan awal.

Namun, beliau sedar bahawa anak buahnya bakal menerima tentangan lebih mencabar kerana kedua-dua pasukan dilihat antara pencabar utama dalam Kumpulan B.

Katanya, lawan mereka itu juga berbeza berbanding tiga pasukan sebelum ini kerana Jepun memiliki kelebihan individu serta skuad yang mantap.

“Perlawanan esok (Isnin) menentang Jepun adalah ujian sebenar yang akan menguji kekuatan serta ketajaman barisan serangan dan pertahanan pasukan Malaysia.

“Saya jangkakan ia akan menjadi satu perlawanan yang sangat sengit kerana Jepun dibarisi pemain yang memiliki kecergasan dan intensiti permainan yang tinggi.

“Saya berharap pemain dapat mengekalkan fokus dan memberikan aksi terbaik. Kita mesti berikan segala-galanya kerana kemenangan akan melayakkan kita ke separuh akhir,” katanya.

Terdahulu, skuad Young Tigers terus garang apabila menjadikan Taiwan sebagai mangsa ketiga selepas menang besar 11-1.

Malaysia pada Jumaat membelasah Indonesia 10-0 dan menewaskan Kazakhstan 4-0 dalam aksi pertama kumpulan pada Khamis.

Mohd Sufian turut berbangga dengan persembahan para pemain yang terus beraksi cemerlang dan kurang melakukan kesilapan mudah, sebaliknya menterjemahkan setiap peluang terhidang dalam bentuk jaringan.

“Syukur, Alhamdulillah atas tiga mata penuh hari ini (Ahad). Saya sebenarnya tidak menjangkakan kita mampu menjaringkan banyak gol.

“Semalam (Sabtu), iaitu pada hari rehat, saya mengadakan perbincangan, sesi video serta menyusun strategi secara teliti untuk meningkatkan prestasi barisan penyerang dan menambah baik cara menghasilkan gol.

“Hari ini, saya sangat memuji mereka kerana menyudahkan peluang-peluang yang diperoleh dengan tenang. Saya berharap ketajaman penyudah yang ditunjukkan ini dapat diteruskan dalam

perlawanan menentang Jepun esok (Isnin),” katanya.

Keputusan tersebut menyaksikan Young Tigers memimpin carta Kumpulan B dengan sembilan mata serta kelebihan 24 jaringan dan ia amat penting kerana boleh menjadi penentu untuk ke pusingan seterusnya.



Source link

OR

Scroll to Top