Piala Emas Raja-Raja pentas kebangkitan pemain muda

Piala Emas Raja-Raja pentas kebangkitan pemain muda


Selangor mengekalkan kejuaraan Piala Agong buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-3 menerusi penentuan penalti di Cheras.

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd Firdaus Mohamed menjangkakan edisi ke-103 Piala Emas Raja-Raja musim ini bakal menyajikan aksi lebih menarik dan kompetitif hasil peningkatan kualiti persembahan pemain tempatan.

Menurutnya, prestasi mantap yang dipamerkan dalam saingan Piala Agong baru-baru ini menjadi petanda positif terhadap mutu permainan pasukan-pasukan yang bakal beraksi dalam kejohanan berprestij itu.

“Satu permulaan yang baik, kebanyakan pemain yang beraksi merupakan bekas pemain Piala Presiden, Bawah 23 dan Piala Belia.

“Kita mahu perbanyakkan lagi kejohanan seperti ini supaya mereka terus kekal aktif dan kompetitif,” katanya ketika ditemui selepas aksi final Piala Agong di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Firdaus yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan, penganjuran berterusan pertandingan seperti Piala Emas Raja-Raja mampu membuka lebih banyak ruang kepada pemain muda menyerlahkan potensi sebenar di pentas lebih tinggi.

“Apabila kita banyakkan pertandingan, lebih ramai pemain berpeluang tampil semula dan menunjukkan kemampuan mereka di peringkat tertinggi seperti Piala Emas Raja-Raja yang akan bermula bulan ini.

“Persembahan pemain kedua-dua pasukan hari ini juga bukti usaha itu berkesan dalam melahirkan generasi pelapis,” ujarnya.

Selangor sebelum itu mengekalkan kejuaraan Piala Agong buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-3 menerusi penentuan penalti.

INFO

Piala Emas Raja-Raja edisi 103 dijadual membuka tirai Jumaat ini dengan dua venue berpusat — Kumpulan A dan B akan beraksi di Pulau Pinang, manakala Kumpulan C dan D dijadual berlangsung di Kedah.

Ringkasan AI

  • PRESIDEN Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd Firdaus Mohamed menjangkakan edisi ke-103 Piala Emas Raja-Raja akan lebih menarik dan kompetitif
  • Prestasi mantap dalam Piala Agong menjadi petanda positif untuk mutu permainan di Piala Emas Raja-Raja
  • Kebanyakan pemain merupakan bekas pemain Piala Presiden, Bawah 23 dan Piala Belia yang akan meningkatkan kualiti persaingan
  • Penganjuran pertandingan seperti Piala Emas Raja-Raja membuka ruang kepada pemain muda menyerlahkan potensi di peringkat lebih tinggi
  • Edisi 103 Piala Emas Raja-Raja akan berlangsung dengan Kumpulan A dan B di Pulau Pinang dan Kumpulan C dan D di Kedah



Source link

OR

Scroll to Top