Piala FA: JDT tetap rindui sentuhan Arif Aiman

Piala FA: JDT tetap rindui sentuhan Arif Aiman

Piala FA: JDT tetap rindui sentuhan Arif Aiman


DI SEBALIK kejayaan mara ke pentas final Piala FA musim ini, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz mengakui skuad Harimau Selatan itu merindui sentuhan pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi yang disifatkannya sebagai pemain terbaik di Asia ketika ini.

Munoz tanpa berselindung mengakui kehilangan pemain berusia 23 tahun itu memberikan impak besar kepada kekuatan pasukan walaupun skuad kendaliannya itu berjaya mencatatkan keputusan positif dengan mara ke pentas final Piala FA dengan menewaskan Kuching City FC 2-0 (Aggregat 4-1) pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim.

“Ya. Kami merinduinya. 100 peratus. Dia adalah pemain terbaik di Asia ketika ini.

“Apabila anda kehilangan pemain yang terbaik, normal untuk pasukan kehilangan ‘sesuatu.’

“Dia istimewa untuk semua. Dia adalah identiti pasukan. Biasanya apabila anda kehilangan pemain seperti ini, pasukan pasti kehilangan sesuatu yang istimewa,” ujarnya pada sidang akhbar setelah tamat perlawanan.

Untuk rekod, Arif Aiman sebelum ini direhatkan susulan kecederaan yang memaksanya diketepikan dari beberapa perlawanan penting JDT.

Tambah Munoz, Arif Aiman bukan sahaja tonggak utama skuad Harimau Selatan itu, bahkan menjadi identiti JDT dalam setiap perlawanan.

Justeru katanya, fokus utama kini adalah bagi membantu pemain berkenaan pulih secepat mungkin, namun dalam masa sama tetap menghormati privasinya.

“Salah satu perkara yang kami perlu lakukan sekarang ialah membantu dia pulih secepat mungkin termasuk cuba memberikan privasi maksimum kepada pemain dan pasukan. Kami bekerja keras untuk pastikan dia pulih dengan baik.

“Perkara positifnya, diharapkan bila kembali nanti, dia akan kembali lebih kuat dan itu perkara paling penting buat kami,” jelasnya.

Sementara itu, Munoz enggan mengulas lanjut ketika ditanya ditanya mengenai jenis kecederaan sebenar yang dialami Arif Aiman.

Katanya, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana bimbang jika tersalah menyampaikan maklumat akibat kekangan bahasa.

“Saya tahu apa masalahnya, tetapi saya tidak mampu jelaskan dengan tepat dalam bahasa Inggeris.

“Lebih baik tanya doktor kelab kerana mungkin saya akan beritahu sesuatu yang tidak tepat,” tambahnya.

 

Ringkasan AI

  • Pengendali JDT, Xisco Muñoz, mengakui skuadnya merindui Arif Aiman Hanapi sebagai pemain terbaik di Asia
  • Kehilangan Arif Aiman memberikan impak besar kepada kekuatan pasukan walaupun berjaya mara ke final Piala FA
  • Arif Aiman direhatkan akibat kecederaan yang memaksanya diketepikan dari beberapa perlawanan penting
  • Fokus utama adalah untuk membantu Arif Aiman pulih secepat mungkin sambil memberikan privasi maksimum
  • Munoz enggan mengulas lanjut tentang kecederaan Arif Aiman kerana bimbang tersalah menyampaikan maklumat



Source link

OR

Scroll to Top