Piala FA sangat melekat di hati kami – Arteta

Piala FA sangat melekat di hati kami – Arteta


PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Manchester United di Stadium Emirates sebagai sesuatu yang penting buat kelab London itu.

“Sejujurnya sejarah pertandingan Piala FA merupakan sebahagian besar sejarah Arsenal, kami telah memenanginya sebanyak 14 kali dan ia adalah pertandingan yang sangat melekat di hati kami.

“Malah ia juga merupakan satu perlawanan yang indah apabila bermain menentang kelab besar dan juga dengan jumlah penyokong yang akan mereka bawa, jadi ia adalah perlawanan yang sangat besar,” katanya.

Arsenal akan memulakan kempen Piala FA dengan menyambut kunjungan penyandang juara Manchester United bimbingan Ruben Amorin yang berstatus juara 13 kali.

Kali terakhir Arsenal bimbingan Arteta menjulang kejuaraan itu pada 2020 setelah menewaskan Chelsea kendalian Frank Lampard, 2-1 dalam perlawanan akhir edisi 139 di Stadium Wembley.

Mengimbau kembali kemenangan itu Arteta berkata: “Memori untuk memenangi sesuatu dan meraikan serta berkongsinya dengan penyokong-penyokong ialah matlamat utama.

“Saya tidak akan melupakan kenangan tersebut dan orang yang anda temui, tetapi secara keseluruhan saya mempunyai kenangan indah pertandingan itu.”

Ditanya mengenai prestasi semasa The Red Devils kendalian Amorin, Arteta berkata, apabila melihat cara permainan, prestasi dan keputusan yang mereka perolehi, ia sangat mengagumkan.

“Saya mengenali Amorim dengan baik, saya banyak mengikutinya ketika dia di Portugal dan ada sebab besar mengapa dia berada di tempat dia berada masa ini, dan sememangnya dia berhak berada di sana,” katanya.

INFO

JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KETIGA PIALA FA

AHAD (12 JANUARI)

Hull City lwn Doncaster Rovers, 8 malam

Tamworth FC lwn Tottenham Hotspur, 8.30 malam

Newcastle United lwn Bromley, 11 malam

Ipswich Town lwn Bristol Rovers, 11 malam

Arsenal lwn Manchester United, 11 malam

Crystal Palace lwn Stockport, 11 malam

ISNIN (13 JANUARI)

Southampton lwn Swansea City, 12,30 tengah malam

SELASA (14 JANUARI)

Millwall lwn Dagenham & Redbridge, 3.30 pagi

RABU (15 JANUARI)

Mansfield Town lwn Wigan Athletic, 3.45 pagi

Preston North End lwn Charlton Athletic, 3.45 pagi



Source link

OR

Scroll to Top