Faisal antara watak penting memastikan Selangor membawa bekalan selesa keluar dari Paroi dalam aksi suku akhir pertama Piala FA. Foto : Selangor FC
SELANGOR FC membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik suku akhir Piala FA 2025/26 selepas membelasah Negeri Sembilan FC 4-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.
Kapten The Red Giants, Faisal Halim terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-34 untuk memimpin separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Selangor menggandakan kelebihan apabila tonggak import Selangor, Chrigor Moraes meledak gol minit ke-46
Gawang Negeri Sembilan terus bolos apabila Selangor menambah tekanan menyaksikan tandukan Zach Clough menambah gol ketiga minit ke-56.
Faisal kemudian melengkapkan pesta gol Selangor dengan jaringan gol keempat pada minit ke-63 untuk bekalan selesa menjelang timbal balik kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 29 Oktober depan.
Gergasi Kepulauan Borneo, Kuching City juga membawa pulang bekalan tiga selesa selepas membelasah Terengganu FC, 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus menjelang timbal balik kedua di Stadium Negeri, Kuching 28 Oktober depan.
Gol Kuching City dijelmakan Wanja Ronald Ngah (m-9, m-12), Ahmad Danial Ahmad Asri (m-53) dan Petrus Shitembi (m-82) manakala Yan Mabella merapatkan defisit buat Terengganu dengan gol minit ke-67.
Ringkasan AI
- SELANGOR FC menang besar 4-0 atas Negeri Sembilan FC di perlawanan pertama suku akhir Piala FA
- Faisal Halim membuka skor untuk Selangor pada minit ke-34
- Chrigor Moraes dan Zach Clough masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-46 dan ke-56
- Faisal Halim melengkapkan pesta gol dengan jaringan keempat pada minit ke-63
- Kuching City membawa pulang kemenangan 4-1 melawan Terengganu FC