JUARA 10 kali, Liverpool FC mengesahkan kemaraan kelab Merseyside tersebut ke pentas empat terbaik Piala Liga selepas The Reds mengecewakan Southampton, 2-1 di Stadium St Mary’s pada Rabu.
The Reds sebelum itu menjulang kejuaraan berkenaan pada era terakhir kepimpinan Jurgen Klopp juga trofi kedua selepas edisi 2022, menang tipis 1-0 ke atas kelab London, Chelsea FC dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley.
Liverpool kendalian bekas pengendali kelab Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam, Arne Slot, 46, menampilkan skuad berprestij tinggi terbaik aksi suku akhir apabila mempertaruhkan kudrat Cody Gakpo, 25, Darwin Nunez, 25, dan Harvey Elliott, 21, ketika Reds mengaktifkan pengiliran pemain-pemain bagi mengharungi kepadatan jadual domestik dan Eropah.
Southampton berstatus naib juara 2017 selepas dikecewakan Manchester United, 2-3 pula dipimpin pengendali sementara Simon Rusk, 43, jurulatih skuad Bawah 21 tahun The Saints, menggalas peranan mengembalikan rentak kemenangan selepas Russell Martin, 38, dipecat setelah kekalahan 0-5 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad lalu.
Nunez asal Artigas, Uruguay yang disambar Liverpool dari kelab liga Portugal, Benfica terlebih dulu meletakkan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu di depan pada minit ke-24.
Elliott asal Chertsey, England kemudian
menggandakan kelebihan Liverpool dengan penyudah tajam minit ke-32 bagi membolehkan Reds menuju ke bilik persalinan separuh masa kedua dengan kedudukan 2-0.
Separuh masa kedua, Southampton meningkatkan tekanan ke atas bahagian pertahanan Liverpool, namun dikecewakan kecemerlangan
Cameron Archer, 23, asal Walsall, England kemudiannya merapatkan kedudukan buat Southampton apabila meledak jaringan pada minit ke-59.
Piala Liga
Keputusan
Suku Akhir
Southampton 1-2 Liverpool
Arsenal 3-2 Crystal Palace
Newcastle United 3-1 Brentford
Suku Akhir
Tottenham Hotspur lwn Manchester United, 4 pagi