Dua kejohanan pembangunan bola sepak peringkat umur tanah air, Piala Presiden dan Piala Belia 2025, bakal membuka tirainya secara rasmi bermula hari ini dan Sabtu depan.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, sebanyak 11 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam saingan Piala Presiden, yang merupakan kejohanan bawah umur 20 tahun (B-20).
“Antara pasukan yang bertanding termasuklah penyandang juara, Johor Darul Ta’zim III, diikuti Selangor FC, Terengganu FC B-20, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17, Negeri Sembilan FC dan Penang FC II.
“Lima lagi pasukan yang turut serta ialah Kuching City FC, Sabah FC II, PDRM FC, Melaka FA dan Kuala Lumpur City FC,” ujar FAM dalam kenyataan media pada Sabtu.
Jelas FAM lagi, bagi saingan Piala Belia, kejohanan yang melibatkan pemain bawah umur 18 tahun (B-18), sebanyak 14 pasukan akan mengambil bahagian.
“Antara yang terlibat ialah Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) selaku juara bertahan, Terengganu FC B-18, Selangor FC, AMD B-16, Penang FC III, Kuching City FC serta Kuala Lumpur City FC.
“Tujuh pasukan lain yang turut bertanding ialah Negeri Sembilan FC, Sabah FC III, PDRM FC, Melaka FA, Johor Darul Ta’zim V, AMD Future, dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B-17,” tambah badan induk bolasepak negara itu.
Tambah FAM lagi, kedua-dua kejohanan ini akan menggunakan format liga dua pusingan secara timbal balik, di mana pasukan teratas selepas 20 perlawanan (Piala Presiden) dan 26 perlawanan (Piala Belia) akan dinobatkan sebagai juara edisi 2025.
“Piala Presiden 2025 akan membuka tirai malam ini menerusi perlawanan pembukaan yang menemukan Johor Darul Ta’zim III (JDT III) menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
“Saingan akan diteruskan dengan dua perlawanan pada Rabu, 23 April dan dua lagi pada Khamis, 24 April.
“Piala Belia 2025 pula dijadual memulakan sepak mula pada Sabtu, 26 April dan Ahad, 27 April,” katanya.
Edisi 2025 dijangka bakal menyajikan saingan yang lebih sengit dan mencungkil lebih ramai bakat masa depan negara dengan penglibatan pasukan-pasukan muda yang penuh potensi.
INFO (KOTAKKAN)
PIALA PRESIDEN 2025 (B-20)
Johor Darul Ta’zim III
Selangor FC
Terengganu FC B-20
Akademi Mokhtar Dahari (AMD B-17)
Negeri Sembilan FC
Penang FC II
Kuching City FC
Sabah FC II
PDRM FC
Melaka FA
Kuala Lumpur City FC
PIALA BELIA 2025 (B-18)
Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV)
Terengganu FC B-18
Selangor FC
Akademi Mokhtar Dahari (AMD B-16)
Penang FC III
Kuching City FC
Kuala Lumpur City FC
Negeri Sembilan FC
Sabah FC III
PDRM FC
Melaka FA
JDT V
AMD Future
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B-17