Pilihan Raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan 1 November

Pilihan Raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan 1 November


Ramallah: Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri presiden menggesa rakyat Palestin, sama ada di tanah air mahupun di perantauan, untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya Majlis Nasional Palestin pada 1 November, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dekri presiden itu menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan di mana-mana sahaja yang membolehkan, baik di dalam mahupun di luar Palestin, bagi memastikan penyertaan seluas mungkin rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada.

Pilihan raya itu akan dijalankan mengikut prinsip perwakilan berkadar penuh, bagi menjamin perwakilan yang adil untuk semua lapisan rakyat Palestin, termasuk wanita, belia, dan komuniti Palestin di luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan memantau sepenuhnya proses pilihan raya berkenaan.

Abbas turut menetapkan 14 Mei sebagai tarikh bagi Persidangan Agung Kelapan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), yang akan diadakan di Ramallah.

Kabinet sebelum ini telah menetapkan tarikh pilihan raya tempatan di Palestin pada 25 April.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top