PINKTOBER! Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Azharina Nasihatkan Hijabi Lakukan Pemeriksaan Jika Sayang Diri! – Hijabista

PINKTOBER! Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Azharina Nasihatkan Hijabi Lakukan Pemeriksaan Jika Sayang Diri! – Hijabista

Namanya mula melonjak naik bersama single berjudul ‘Elergi Sepi’ yang menjadi fenomena sekitar sebelas tahun lalu pada tahun 2013 membuatkan penyanyi asal kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini akhirnya berjaya menempa nama gah dalam industri hiburan tanah air dan bakat suara yang dimilikinya tidak perlu disangkal lagi.

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila pada Mac lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini duji dengan begitu hebat apabila disahkan menghidap kanser rahim peringkat awal.

HIJABISTA berkesempatan bertemu mata dan menemubual jelitawan berdarah campuran peranakan Pakistan ini dan bertanyakan perkembangan kesihatan beliau, bersempena Pinktober iaitu bulan kesedaran kanser payudara tahun ini.

Azharina Hidap Kanser Rahim Sejak Mac Lalu

PINKTOBER! Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Azharina Nasihatkan Hijabi Lakukan Pemeriksaan Jika Sayang Diri!

“Nina punya treatment yang Nina Jalani daripada bermula pada bulan Mac yang lepas. So dah enam bulan, kita pun dah buat ujian baru dan Alhamdulillah, dapat keputusan yang sangat bagus. Jadi sekarang kita dalam proses pemantauan dan masih ongoing medication untuk untuk seumur hidup Nina.

Actually dah pernah announce tapi mungkin benda tu tidak ramai yang tahu saya sebenarnya Nina menghidap kanser rahim. Personally, Nina sangat bersyukur, sebab Nina dapat tahu awal.

“Mula-mula tu saya tak berapa nak kisah sangat, yela pada waktu itu kita muda kan. Let we say kita tak peduli pun, yang kita tau cari duit dan kerja. But as I aged, masa umur 28 tahun, Nina masa tu nak ambil anti-aging hormone. Jadi saya buat pemeriksaan kesihatan, setiap enam bulan sekali dan juga papsmear sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Walaupun kadang-kadang tu kita terbabas juga, kalau masa tengah baik tu kita check up dua kali setahun. Tapi kita manusia kan, kadang-kadang kita lalai. Tapi syukur alhamdullilah, tahun lepas saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan pada ketika itulah  saya dapat tau tahap kesihatan saya tak cantik. Tapi saya tak nak stress dulu,” Ujarnya.

Sekadar info, Azharina berkata demikian ketika ditemui pada majlis inisiatif ‘Moments of CARE’ dimana NIVEA dan Watsons berganding bahu memperkasa misi Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) untuk meningkatkan kesedaran dan penjagaan Kanser Payudara di kalangan wanita di Malaysia.

Azharina Gesa Wanita Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Awal, Agar Dapat Mencegahnya!

Tambah Azharina lagi, antara perkara yang menjadi titik perubahan yang merubah hidupnya 360 darjah apabila dia mula mengalami pendarahan yang berlebihan tanpa henti selama tiga bulan.

“Tapi bila masa datang bulan (Period) pendarahan tak berhenti dan terlampau banyak, saya jumpa doktor. Kemudian jadi keadaan jadi makin teruk, energy drop badan kita pun jadi sangat letih, sampai kena ambil Vitamin.

“Saya ambil masa bersemuka dan berjumpa dengan doktor pakar. Saya buat proper test dan saya di diagnos dengan betul sebagai penghidap kanser rahim.

“Bila dapat tahu awal kita dapat prevent, especially now with the all medical kan. Banyak sangat alternative way. Jadi saya sangat bersyukur, saya dapat tahu awal dan bukan ketika dah teruk sangat.

Enggan Kongsi Masalah Kesihatan Dengan Keluarga Tak Mahu Mereka Bimbang – Azharina

PINKTOBER! Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Azharina Nasihatkan Hijabi Lakukan Pemeriksaan Jika Sayang Diri!PINKTOBER! Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Azharina Nasihatkan Hijabi Lakukan Pemeriksaan Jika Sayang Diri!

“Semua orang tau karakter Nina sangat bubbly, sangat suka bercakap kan? Tapi bila dapat tau Nina ada kanser, Nina tiada kata-kata, Nina senyap. Nina cuma diam dan Nina diam agak lama, dalam tiga hingga empat hari, Nina diam dan tak beritahu sesiapa.

I Didn’t Tell my Bestfriend. My PA Ani, 23 tahun dengan saya, pun saya tak cerita even manager saya pun saya tak cakap, I didn’t said a word about the real thing I just say on the surface. Only my doctor and me knows. Selepas the proper diagnose, The only person I tell is Ani.

“Tapi sehingga hari ini, saya tidak ada sebarang perbincangan (conversation) dengan keluarga saya, atau anak saya pun saya tak cerita. Anak-anak saya mungkin mereka sangat bertuah, kerana persekitaran sekolah mereka tiada yang bertanya.

“Jadi untuk hari ni saya tampil sebagai salah seorang cancer survivor, kita support untuk Nivea dan juga Watsons untuk spread the awareness tentang kanser payudara. Because I believe and I know deep in my soul, all the cancer patient deserved all the support and loved from their surrondings aand loves one!”, Ujarnya.

Lebih menarik lagi, kempen ‘Moments of CARE’ ini mencerminkan komitmen NIVEA dalam menyokong kesedaran dan penjagaan kanser payudara. Memandangkan kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita Malaysia, yang melibatkan 1 dalam 19 orang, usaha ini memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengesanan awal dan penjagaan diri.

HIJABISTA mendoakan agar Azharina kekal tabah mengharungi detik sukar ini dan dikurniakan kesembuahan yang tiada kesakitan selepasnya dalm perjuang melawan penyakit kanser hingga trbebas sepenuhnya suatu hari nanti.

Artikel berkaitan: “Cukuplah Harta Dunia, Sekarang Saya Cuma Mahu Istiqamah Dengan Penghijrahan Ini”-Azharina

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini. 

Sumber Foto: Instagram Azharina Azhar

OR

Scroll to Top