PKNS Pilih Karnival jadi platform promosi produk hartanah

PKNS Pilih Karnival jadi platform promosi produk hartanah


KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pilih Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula 27 Julai ini akan menjadi platform perbadanan itu sebagai inisiatif kempen gaya hidup oleh PKNS HOMES pada tahun ini.

Menurut pengarah program berkenaan, Ishak Hashim, ia yang akan diadakan di Galeri Jualan Kota Puteri, Batu Arang, Selangor akan membolehkan orang ramai melihat pameran projek hartanah PKNS iaitu Puteri Ariana dan Puteri Ariana 2.

Katanya, kedua-dua projek perumahan itu berkonsepkan kediaman rumah teres dua tingkat sebagai sebahagian daripada usaha PKNS untuk memperluaskan portfolio rumah kontemporari di pusat kota itu.

“Ia bukan sahaja  menawarkan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, pembangunan projek perumahan itu turut memberi tumpuan kepada binaan moden berkonsepkan teknologi hijau atau green element selaras dengan penekanan PKNS terhadap konsep kelestarian bagi menyokong amalan ESG  dalam setiap pembangunannya.

“Di samping pameran projek perumahan, orang ramai yang datang bersama keluarga juga boleh membuat tempahan pembelian rumah di dua fasa berkenaan.

“Seramai 10 pembeli Puteri Ariana dan Puteri Ariana 2 yang membuat tempahan (mengisi Borang Pembelian Rumah (BPR-01) semasa dua  hari program Pilih Karnvial Kota Puteri akan menerima baucar barangan elektrik jenama elektrik Samsung bernilai RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Ishak menambah, PKNS Pilih Program turut menawarkan hadiah bernilai RM15,000 termasuk cabutan bertuah di mana pemenang bakal membawa pulang sebuah motosikal berjenama Modenas.

Selain itu, katanya, barangan keperluan asas seperti beras, gula, susu, minyak, tepung, pelbagai rangkaian produk makanan serta pelbagai barangan elektrik turut menanti pengunjung sebagai hadiah sukan rakyat.

“Memeriahkan lagi karnival dua hari berkenaan, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan  nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air iaitu Azlan & The Typewriter, Nuha Bahrin, Ezra Kairo & Zubir Khan.

Turut menjadi tarikan buat pengunjung adalah Pertunjukan Laser, Pertunjukan Layang-Layang Moden, Zoo Mini, Food Truck dan gerai jualan makanan dan minuman,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top