PM akan umum laporan kartel padi, beras

PM akan umum laporan kartel padi, beras



am@hmetro.com.my

Alor Setar: Kerajaan akan mengumumkan laporan kajian mengenai kartel padi dan beras pada awal tahun depan berikutan sudah berada di peringkat akhir.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, laporan itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut akan memperkenalkan program atau pendekatan baharu yang akan turut diumumkan kemudian.

“Sekarang ini di peringkat paling intensif dibuat kajian itu. Insya-Allah (di peringkat KPKM) Ketua Setiausaha (KSU) mengepalai program, yang terdekat kita akan umumkan program-program baru ini.

“Kalau saya umum sekarang bocor nanti KSU marah, awal tahun depan akan diumumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Cadangan Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh dilaporkan berkata beliau sudah meneliti laporan kajian kartel padi dan beras yang disiapkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top