Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tegas kepada pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar jangan sembunyikan kes buli walaupun isu kecil demi menjaga imej sekolah.
Menurut laporan Berita Harian, beliau menegaskan tindakan tersebut hanya memburukkan lagi keadaan kerana ia diibaratkan seperti melindungi perbuatan jenayah.
Jangan sembunyikan kes buli

“Guru besar, ibu, bapa perlu beri kerjasama sepenuhnya. Antara masalahnya ialah salah faham atau keutamaan pentadbir sekolah yang mahu melindungi imej sekolah.
“Bila ada kes, mereka simpan, kononnya untuk jaga nama baik sekolah. Tapi kalau dilindungi, itu satu kesalahan, ibarat melindungi jenayah,” katanya.
Artikel lain: Program Pembentukan Karakter akan bermula peringkat prasekolah, perkukuh sahsiah murid
Jangan sembunyikan kes buli

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, PPAM Seruling, Presint 5 di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)






