PM Anwar hargai bantuan Thailand, selamatkan rakyat Malaysia terkandas banjir

PM Anwar hargai bantuan Thailand, selamatkan rakyat Malaysia terkandas banjir


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Thailand selepas negara itu menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di wilayah terjejas.

Menurut beliau, tindakan pantas dan kerjasama erat antara kedua-dua negara membuktikan hubungan dua hala Malaysia dan Thailand terus kukuh dan saling menyokong ketika saat genting.

PM Anwar hargai bantuan Thailand

“Saya menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anutin Charnvirakul dan kerajaan Thailand atas bantuan serta keprihatinan dalam membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di wilayah terjejas.
“Tindakan ini mencerminkan kekuatan hubungan dua hala yang telah lama terjalin, serta semangat solidariti yang amat kita hargai.

“Malaysia dan Thailand akan terus bekerjasama rapat demi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.”ujarnya.

Artikel lain: Banjir makin buruk! PM Anwar pantau dari Kenya, arah gerakan bantu lebih 15,000 mangsa

Tegasnya, kerajaan MADANI sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang terkandas dapat pulang dengan selamat.

Sumber: FB Anwar Ibrahim





Source link

OR

Scroll to Top