PM sahkan 6 kapal Malaysia lepasi Selat Hormuz, bekalan minyak dijangka terkawal

PM sahkan 6 kapal Malaysia lepasi Selat Hormuz, bekalan minyak dijangka terkawal

PM sahkan 6 kapal Malaysia lepasi Selat Hormuz, bekalan minyak dijangka terkawal


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan enam daripada tujuh kapal Malaysia sudah belayar melepasi Selat Hormuz dan kini dalam perjalanan membawa bekalan minyak mentah ke negara ini.

Perdana Menteri berkata, sementara sebuah lagi kapal yang membawa bekalan terbabit tersadai di pelabuhan akibat mengalami kerosakan.

Susulan perkembangan itu, katanya bekalan minyak untuk bulan ini dan Mei dijangka berada dalam keadaan yang terkawal.

“Tan Sri Tengku Muhammad Taufik (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS) sebentar tadi memberitahu perkembangan mengenai kemudahan dan pengangkutan perjalanan kapal kita.

“Alhamdulillah semua terlepas… satu sudah pun hampir sampai, satu sudah berlepas cuma satu kapal kita mengalami kerosakan yang tersadai di pelabuhan. Jadi yang enam lagi itu berjalan.

“Kita berharap bekalan minyak untuk April dan Mei itu nampak masih dalam keadaan yang sangat terkawal,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Cheras Baru, di sini hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top