PM ucap selamat berentap buat Manchester United, ASEAN All-Stars

PM ucap selamat berentap buat Manchester United, ASEAN All-Stars


Anwar berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada dan pengendali pasukan, Ruben Amorim. Turut hadir para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai Ketua Jurulatih Kim Sang Sik. Foto Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berentap buat pasukan Manchester United dan ASEAN All-Stars yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Menerusi catatan di Facebooknya, Anwar yang merupakan peminat kelab Liga Perdana Inggeris itu juga berseloroh dengan menyatakan bahawa beliau berbelah bahagi untuk menyokong pasukan yang mana satu.

“Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok,” katanya.

Menerusi catatan itu, Perdana Menteri berkata, beliau berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada dan pengendali pasukan, Ruben Amorim.

Beliau berkata, pertemuan itu turut dihadiri para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai Ketua Jurulatih Kim Sang Sik.

Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009 menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di venue sama. – Bernama



Source link

OR