PM ucap selamat maju jaya kepada atlet Paralimpik Paris 2024

PM ucap selamat maju jaya kepada atlet Paralimpik Paris 2024


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang bertanding pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Menurut Perdana Menteri, doa seluruh rakyat mengiringi langkah setiap atlet paralimpik berkenaan sepanjang kejohanan sukan tersebut.

“Masanya telah tiba untuk kita nyatakan sokongan kepada kontinjen Paralimpik Malaysia!

“Selamat maju jaya buat semua atlet negara. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris!” tulisnya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sukan Paralimpik Paris 2024 secara rasmi bermula semalam hingga 8 September ini dengan seramai 30 atlet negara akan bersaing dalam lapan jenis sukan berbeza.

Ia merupakan kontinjen terbesar negara sejak debut Sukan Paralimpik pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top