September 8, 2024

PMKS fesyen manfaatkan peluang platform e-dagang

PMKS fesyen manfaatkan peluang platform e-dagang


KUALA LUMPUR: Landskap perniagaan yang semakin kompetitif sememangnya memberikan cabaran besar buat perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dalam industri fesyen.

Berbeza dengan sektor lain, mereka bukan sahaja perlu bersaing antara satu sama lain tetapi juga dengan jenama terkenal yang ada di pasaran.

Ini memberikan cabaran hebat buat pengusaha bagi menarik perhatian pembeli, terutamanya melalui platform e-dagang memandangkan pelbagai pilihan tersedia buat pengguna. 

Dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan cemerlang dan strategi yang mengutamakan pelanggan, perniagaan tempatan dapat bersaing dan membina hubungan yang kukuh dan berkekalan dengan pembeli.

Ciri yang membantu meningkatkan pengalaman membeli-belah, seperti strim langsung menawarkan potensi besar buat penjual untuk menarik perhatian pembeli dalam talian di samping mendorong pemasaran dari mulut ke mulut (word-of-mouth) yang positif dengan mewujudkan pengkalan penggalan setia melalui khidmat cemerlang.

 Dari Perak ke seluruh negara

Salah satu perniagaan yang berjaya mencipta kejayaan melalui penyelesaian strategik ini adalah KM Fashion Center yang beroperasi di Teluk Intan, Perak.

Ia adalah jenama fesyen masa kini yang menawarkan pilihan fesyen bergaya pada harga berpatutan yang memenuhi cita rasa pembeli tempatan.

Dedikasi mereka dalam memastikan kecemerlangan perniagaan selain didorong oleh komitmen yang tinggi berjaya menempatkan perniagaan itu ke dalam pasaran yang kompetitif.

Dengan memanfaatkan ciri interaktif seperti Shopee Live dan Shopee Chat, KM Fashion Center berupaya menyediakan khidmat perniagaan secara langsung bagi mengekalkan hubungan rapat dengan pelanggan mereka. 

Selain itu, penggunaan ciri analitik Shopee membolehkan mereka mempamerkan rekaan yang paling laris sekali gus menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai dengan cita rasa pembeli.

Strategi berteraskan pelanggan ini turut mendorong pertumbuhan luar biasa bagi jenama ini apabila jumlah pesanan meningkat tiga kali ganda dengan hasil jualan berganda berbanding bulan sebelumnya ketika jualan 6.6 baru-baru ini.

Pengarah KM Fashion Center, Cris Low berkata, Shopee memainkan peranan penting dalam  mengubah corak perniagaannya selain memudahkan interaksi secara langsung dengan pelanggan. 

“Penstriman secara langsung di Shopee Live membolehkan kami mempamerkan rekaan terkini kami selain membantu meningkatkan hasil jualan dengan ketara,” katanya.

Shopee Live juga berfungsi sebagai saluran yang dipercayai bagi jenama tersebut dalam memberikan cadangan berkaitan fesyen, mengumpul maklum balas secara langsung serta memberikan respon segera kepada pelanggan. 

Melalui penstriman secara langsung juga, jenama ini mampu mendekati lebih ramai pelanggan melangkaui lokasi kedai fizikal mereka, sambil mengekalkan tahap perkhidmatan pelanggan yang tinggi. 

Shopee Live mencipta satu titik sentuh baharu yang menonjolkan kualiti produk dan kepakaran KM Fashion Center serta memupuk kesetiaan jenama.

Kejayaan menerusi ulasan pelanggan

Selain daripada ciri interaksi yang diperibadikan, kajian menunjukkan bahawa ulasan dan penilaian sangat penting untuk meningkatkan jualan dan membina kepercayaan dengan pelanggan berpotensi. 

Foto dan video produk daripada pengguna juga berperanan besar dalam mengatasi kebimbangan pembeli. 

Menurut kaji selidik “Masa Depan Membeli-belah” yang dijalankan Kantar Profiles, 19 peratus daripada pembeli muda mengutamakan ‘jenama yang sangat disyorkan’. 

27 peratus daripada responden juga mengandalkan ulasan, demonstrasi produk dan sokongan sebelum membuat keputusan pembelian.

Justeru, tidak hairanlah jenama seperti Tudung Exclusive mampu mencipta kejayaan hasil pemberian ulasan dan penilaian pelanggan yang tinggi. 

Dalam masa empat tahun sahaja, jenama yang menyediakan pakaian elegan dan sopan buat wanita di Malaysia ini berjaya meraih lebih 75,000 pengikut di Shopee dan mendapat penilaian sebanyak 4.9 bintang.

Pengurus Tudung Exclusive, Muhammad Abdullah berkata, maklum balas yang diterima daripada pelanggan mendorong kejayaan jenama itu.

“Ulasan dan penilaian positif bukan sahaja menggambarkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan syarikat, tetapi membangkitkan lagi semangat agar terus berusaha menawarkan tudung yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan buat pelanggan,” jelasnya.

Komited sedia perkhidmatan cemerlang

Bagi Shopee, fokus utamanya adalah sentiasa menyediakan perkembangan strategi dan penyelesaian berterusan bagi membantu perniagaan tempatan mengatasi pelbagai cabaran. 

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia, Ming Kit Tan berkata, komitmen mereka dalam membawakan kualiti perkhidmatan cemerlang kepada pengguna dan memacu perkembangan perniagaan tempatan adalah teras utama mereka.

“Inilah sebabnya kami sentiasa menyediakan perkhidmatan yang cemerlang termasuklah penambahbaikan pengalaman membeli-belah dan penghantaran dengan kerjasama rakan logistik melalui program seperti Jaminan Tepat Waktu dan 15 Hari Pemulangan Percuma. 

“Program-program ini memberikan pembeli jaminan bahawa pesanan akan tiba pada waktu yang ditetapkan oleh semua pihak Logistik Sokongan Shopee (SSL) sekali gus memupuk kepercayaan yang lebih dalam kalangan pembeli,” katanya.

Selain itu, Shopee turut memberikan baucar bernilai RM5 sekiranya penghantaran dibuat melebihi tarikh penghantaran yang dijanjikan.

Tidak terhenti di situ, Shopee juga melancarkan ciri baharu mereka, Shopee Video, yang menampilkan video daripada pencipta kandungan.

Ia bertujuan menyediakan ulasan dan cadangan ‘word-of-mouth’ yang positif bagi mempromosikan produk seterusnya meningkatkan kesedaran dan minat terhadap kedai serta produk mereka.

Inisiatif baharu ini menunjukkan dedikasi Shopee kepada penjual dan pengguna serta kemampuannya untuk memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top