Polis bantuan cedera, pos kawalan dirempuh treler

Polis bantuan cedera, pos kawalan dirempuh treler


am@hmetro.com.my

Kuala Lipis: Anggota polis bantuan cedera selepas pos kawalan di Felda Kechau 8, di sini dirempuh treler.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 9.50 pagi semalam apabila treler tanpa muatan dipandu lelaki berusia 28 tahun hilang kawalan.

Katanya kenderaan itu yang dalam perjalanan dari Kampung Sungai Temau ke Kuantan kemudiannya terbabas, merempuh pos pengawal dan melanggar kereta yang diparkir di kawasan berhampiran.

“Anggota polis bantuan berusia 23 tahun yang berada di dalam pos pengawal cedera, manakala seorang lagi yang berusia 32 tahun terselamat.

“Rempuhan itu menyebabkan bumbung serta dinding pos pengawal runtuh dan menghempap motosikal milik seorang polis bantuan.

“Turut cedera pemandu treler berkenaan,” katanya yang memaklumkan semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top