Polis buka siasatan insiden Shila Amzah diserang ketika latihan konsert

Polis buka siasatan insiden Shila Amzah diserang ketika latihan konsert


Kuala Lumpur: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat penyanyi Nurshahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah yang mendakwa diserang seorang penyanyi legenda semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, Shila membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.31 petang semalam.

“Setakat ini, individu yang dikatakan menyerang penyanyi itu masih belum dipanggil, namun tindakan sedang diambil untuk mendapatkan keterangan daripadanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian tidak membabitkan kecederaan atau sentuhan secara fizikal.

Semalam, media melaporkan Shila mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top