September 8, 2024

Polis buru suspek rosakkan pintu Stadium MBPJ

Polis buru suspek rosakkan pintu Stadium MBPJ


KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas selesai perlawanan bola sepak tempatan di sebuah stadium di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya telah mengesan dua video kejadian terbabit melibatkan penyokong bola sepak tempatan sekitar pukul 10.15 pagi semalam.

“Semakan mendapati, kejadian terbabit berlaku selepas selesai perlawanan liga tempatan pada 26 Mei sekitar 11 malam. Akibat kekecohan itu telah menyebabkan pintu pagar masuk tempat duduk penyokong dirosakkan,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Orang ramai dinasihati untuk supaya mematuhi peraturan dan tidak terlibat dengan sebaran pelanggaran undang-undang,” katanya.

Sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh disalurkan melalui bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Terdahulu, tular video memaparkan beberapa penyokong bola sepak mengamuk dengan merobohkan pintuu masuk arah selatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). – MalaysiaGaztte



Source link

OR

Scroll to Top