Polis cari Shirly Sumping selepas dia dilaporkan hilang

Polis cari Shirly Sumping selepas dia dilaporkan hilang

Polis cari Shirly Sumping selepas dia dilaporkan hilang


suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kajang: Wanita berbangsa Iban berumur 21 tahun dilaporkan hilang di sekitar Bandar Sungai Long, di sini, selepas polis menerima laporan kejadian itu pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan orang hilang (OH) pada jam 9.11 malam dan dia dipercayai hilang pada hari sama kira-kira jam 5 petang.

“Mangsa dikenali sebagai Shirly Sumping, berumur 21 tahun dan berbangsa Iban.

“Mangsa berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 60 kilogram (kg), berbadan gempal dan berambut pendek paras bahu.

“Mangsa kali terakhir dia dilihat memakai baju t-shirt berwarna merah jambu serta seluar pendek warna coklat, dengan lokasi terakhir dipercayai di kawasan No. 28, Jalan SL 7/4, Bandar Sungai Long, Kajang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

“Pohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222, atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Diana Ismail (011-10975165),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top