Polis keluar 276 saman kepada penunggang motosikal bawah umur

Polis keluar 276 saman kepada penunggang motosikal bawah umur


PADANG BESAR – Sebanyak 276 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan pihak polis daerah Padang Besar terhadap penunggang motosikal bawah umur yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang hanya mencatatkan 206 saman melibatkan penunggang motosikal bawah umur.

“Antara kesalahan trafik yang kita dapati daripada mereka bawah umur ini ialah menunggang motosikal tanpa lesen, tidak memakai topi keledar dan pengubahsuaian motosikal,” katanya kepada Bernama pada Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sini hari ini.

Turut hadir sama Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.

Mohd Shokri berkata, bagi mendidik golongan bawah umur mengenai keselamatan jalan raya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya turut mengadakan ‘Op Didik’ dengan melaksanakan ceramah advokasi kepada pelajar sekolah menengah di sekitar Padang Besar.

“Pada mulanya, kami memberikan ceramah advokasi kepada pelajar dan selepas dua bulan, pemeriksaan akan dijalankan. Sekiranya pelajar didapati melanggar peraturan, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top