July 27, 2024

Polis kesan tiga beranak dilaporkan 'keluar' dari rumah perlindungan pertolongan wanita

Polis kesan tiga beranak dilaporkan 'keluar' dari rumah perlindungan pertolongan wanita



mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga beranak yang dilaporkan hilang dari rumah perlindungan pertolongan wanita di Seksyen 20, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, Balai Polis Sea Park menerima laporan berkaitan kes itu pada 5.47 petang, Sabtu lalu.

“Tiga beranak itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah perlindungan pertolongan wanita pada 4.30 petang, pada Jumaat.

“Polis sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Nur Aishah Abd Samad berusia 25 tahun dan anak perempuannya Putri Risha Annur Amsiah Abdul Razzaq berusia lima tahun dan anak lelaki, Putra Raish Irfan Shah berusia tiga tahun,” katanya dalam kenyataan hari.

Shahrulnizam berkata, Nur Aishah berketinggian 169 sentimeter, berat 50 kilogram, warna kulit hitam manis, hidung mancung dan mata sepet.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tiga beranak itu boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat iaitu Inspektor Mohd Safuan Alias di talian 011-10255725 atau 03-78742222 bagi membantu siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top