Polis kesan waris pejalan kaki maut dilanggar lari

Polis kesan waris pejalan kaki maut dilanggar lari


am@hmetro.com.my

Kulim: Polis mengesan waris lelaki yang meninggal dunia dalam kemalangan disyaki langgar lari di Jalan Bagan Padang Serai berhampiran sebuah stesen minyak di Padang Serai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, dalam kejadian pada 8.30 malam itu mangsa sedang berjalan apabila dilanggar kenderaan yang belum dapat dikenal pasti setakat ini.

“Identiti mangsa juga belum dapat dikenal pasti. Sehubungan itu, polis masih mengesan waris mangsa dan saksi bebas diminta tampil untuk memberi maklumat untuk membantu siasatan.

“Kenderaan yang terbabit berkemungkinan rosak di bahagian cermin, namun setakat ini polis masih belum menerima laporan daripada pemandu itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkifli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulim atau Inspektor Nursery Adawiyah Muhammad di talian 011-33982365.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top