harisfadli@hmetro.com.my
Subang Jaya: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan bekas penuntut sebuah kolej swasta, di sini, yang dilaporkan hilang apabila gagal dihubungi sejak 21 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, orang hilang (OH) terbabit bernama Youseff Sameh Sayed Khaled Abdel Wahab, 17, berasal dari Mesir.
“Wakil daripada kolej swasta terbabit membuat laporan polis, petang semalam selepas OH tidak dapat dihubungi oleh keluarganya sejak 21 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, lelaki berkenaan berkulit cerah, berhidung mancung, bibir nipis, berambut keriting berwarna hitam dan berat dianggarkan 60 kilogram (kg).
Katanya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau hubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100.
© New Straits Times Press (M) Bhd