Polis pasang 'pukat' depan pintu IPD, 6 anggota kena saman

Polis pasang 'pukat' depan pintu IPD, 6 anggota kena saman



am@hmetro.com.my

Putrajaya: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya mengeluarkan enam saman kepada anggotanya dalam Operasi Khas secara mengejut di pintu masuk IPD berkenaan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata operasi bermula jam 7.30 pagi hingga 9 pagi itu membabitkan seorang pegawai dan lapan anggota trafik serta dua anggota Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS).

Katanya, daripada jumlah saman dikeluarkan, lima daripadanya lesen tamat tempoh dan satu tiada lesen memandu.

“Operasi ini bertujuan memastikan anggota IPD Putrajaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya seperti mempunyai lesen memandu, cukai jalan yang sah dan lain-lain kesalahan trafik,” katanya.

Aidi Sham berkata, operasi ini juga bertujuan mendidik dan memberi advokasi terhadap kepentingan kenderaan yang digunakan agar sentiasa mematuhi spesifikasi serta peraturan yang ditetapkan.

Katanya, selain itu ia juga dapat menjalinkan ukhwah sesama warga IPD Putrajaya dalam menjaga keselamatan individu dan kepentingan awam.

Tamat/

Caption.

PUTRAJAYA 8 OKT 2024.IPD Putrajaya adakan Operasi Khassecara mengejutmelibatkan kenderaan anggota di pintu masuk IPD Putrajaya.Pix ihsan IPD Putrajaya.

From: Samadi

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top