Polis Perak laksana latihan intensif tingkat keselamatan Sultan Nazrin

Polis Perak laksana latihan intensif tingkat keselamatan Sultan Nazrin


am@hmetro.com.my

Teluk Intan: Polis Perak memperkukuhkan aspek keselamatan ke atas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dengan melaksanakan siri latihan khas termasuk dengan membuat pengambilan baharu bagi peranan sebagai pengiring rapat baginda.

Ia bagi mengelakkan insiden tidak diingini berulang kembali seperti insiden seorang wanita yang cuba mendekati dan melakukan kontak fizikal terhadap Sultan Nazrin di pentas utama pada Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, di sisi polis kontinjen Perak, beberapa siri latihan khusus dirangka bagi memperkemaskan kemahiran pasukan pengiring rapat baginda Sultan Nazrin, sekali gus memastikan kawalan keselamatan baginda berada pada tahap tertinggi.

Menurutnya, selain Sultan Nazrin, pihaknya juga melaksanakan dan merancang pelbagai siri latihan untuk pegawai dan anggotanya yang bertugas menjaga keselamatan orang kenamaan (VVIP) bagi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan semasa bertugas.

“Di pihak kontinjen kita sudah membuat dan merancang beberapa siri latihan untuk memperkemaskan skil sekuriti terperinci untuk Sultan Perak dan juga kita pada ketika ini sudah memperkuat barisan sekuriti yang terperinci untuk Sultan Perak dengan iringan daripada pihak UTK (Unit Tindakhas) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.

“Dalam peringkat ini kita akan mengenal pasti siapa yang kita perlu tambah baik atau diganti, dan di pihak kontinjen juga kita sudah mengiklankan untuk pengambilan baharu pengiring rapat Tuanku (Sultan Nazrin) ini.

“Jadi kita punya proses untuk memperkemas dan menambah baik masih lagi berjalan bagi pengiring Sultan Perak,” katanya sewaktu ditemui pemberita dalam Program Ter.. Paling Pahlawan Challenge anjuran IPD Hilir Perak di Padang Speedy, di sini petang ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top