Polis rampas lebih 400 kg dadah bernilai RM13 juta

Polis rampas lebih 400 kg dadah bernilai RM13 juta


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi beberapa serbuan di Lembah Klang dan tangkapan lima individu berusia 33 hingga 64 tahun, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan dan tangkapan pertama dilakukan di kawasan letak kereta di Pusat Bandar Puchong yang mana 103.87 kilogram dadah dijumpai dalam kereta.

“Suspek kedua ditahan di tepi jalan utama Lebuhraya Damansara-Puchong yang mana pemeriksaan lanjut di sebuah rumah sekitar Pusat Bandar Puchong dan menemui 37.21 gram dadah jenis syabu.

“Suspek ketiga dan keempat pula ditahan di sebuah restoran di sekitar Bandar Puchong Jaya dan pemeriksaan di sebuah rumah teres di kawasan berkenaan menemukan 321.02 kilogram dadah jenis syabu.

“Serbuan seterusnya dijalankan di tempat letak kereta di sekitar kawasan LRT Sri Petaling dan suspek yang berperanan sebagai kordinator atau ketua kumpulan berusia 64 tahun ditahan.

“Jumlah anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 425.25 kilogram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM13,608,128,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein berkata suspek pertama dan kedua berperanan sebagai transporter manaka suspek ketiga dan keempat bertindak sebagai penjaga stor.

“Kesemua suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, sumber dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara di utara negara.

“Sindiket ini adalah sebahagian daripada kumpulan pengedaran dadah besar yang berjaya kita tumpaskan pada Mac tahun ini. Kita percaya ada beberapa lagi individu terlibat dan dalam tindakan pihak polis,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top