July 27, 2024

Polis siasat Andrew Sia dakwa UiTM amal 'apartheid'

Polis siasat Andrew Sia dakwa UiTM amal 'apartheid'



mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis sudah membuka kertas siasatan ke atas kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat 6 petang ini, pihaknya sudah menerima 14 laporan polis membabitkan isu terbabit di seluruh negara.

Menurutnya, laporan pertama diterima dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik berusia 37 tahun petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Lelaki terbabit menyedari artikel bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang dimuat naik di sebuah portal ketika berada di sebuah hotel, individu bernama Andrew Sia memberi komen berkenaan protes oleh pelajar Bumiputra ke atas beberapa pelajar bukan Bumiputra yang diterima masuk bagi jurusan cardiothoracic surgery di UiTM,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Razarudin berkata, semakan mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei lalu jam 10.30 pagi di laman portal terbabit.

“Polis akan memohon profiling dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan butiran penulis (Andrew Sia) untuk membantu siasatan.

“Setakat 6 petang ini terdapat sebanyak 14 laporan polis diterima di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top