KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan telah menerima laporan pelakon lelaki yang mendakwa dirinya sebagai mangsa perlakuan seks luar tabii.
Fadil dalam kenyataan memaklumkan pengadu yang juga pelakon berusia pertengahan 30-an, memfailkan laporan sekitar pukul 6.11 petang semalam.
“Pengadu adalah lelaki tempatan berumur 35 tahun. Polis kini masih menjalankan siasatan,” kongsinya.
Terdahulu, pelakon Alqal Sahar menerusi lama Threads mendedahkan pernah menjadi mangsa amang seksual ketika kanak-kanak. – UTUSAN






