Polis siasat punca sebenar kejadian termasuk dakwaan kerja korek tanah

Polis siasat punca sebenar kejadian termasuk dakwaan kerja korek tanah


SUBANG JAYA: Polis akan menyiasat punca sebenar menyebabkan kebakaran paip gas sepanjang 500 meter di Putra Height di sini termasuk dakwaan berlaku korek tanah di tanah rizab Petronas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu akan dilakukan bermula esok kerana fokus hari ini tertumpu kepada usaha memadam kebakaran dan penyelamatan.

Menurutnya, pihak bomba dan Petronas akan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.

“Kita terima semua maklumat termasuk dakwaan berlaku korek tanah di situ sehingga menyebabkan kebakaran.

“Kita akan siasat semua itu dan jika benar ada korek tanah kita nak tahu siapa yang korek,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini fokus kepada usaha menyelamatkan mangsa terlebih dahulu.- UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top