July 27, 2024

Polis siasat suspek kes dadah dipukul dalam tahanan

Polis siasat suspek kes dadah dipukul dalam tahanan



mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Polis mengesahkan menerima laporan seorang lelaki mendakwa anaknya dipukul anggota polis ketika berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) untuk siasatan.

“Kes ini dalam tindakan dalaman polis untuk menentukan dakwaan itu ada asas atau tidak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, bapa lelaki berusia 50-an membuat laporan polis pada kelmarin selepas mendakwa anaknya dipukul anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik IPD Petaling Jaya.

Untuk rekod, suspek berusia 20-an sudah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 17 Mei lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top