Polis siasat video palsu guna AI mirip Tan Sri Acryl

Polis siasat video palsu guna AI mirip Tan Sri Acryl


mhafis@mediaprima.com.my

Subang Jaya: Polis menjalankan siasatan susulan tular video palsu menggunakan kecerdasan buatan (AI) membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jayaterkesan satu video tular di platform Tiktok yang memaparkan individu menyerupai Acryl Sani, adalah tidak benar dan telah dimanipulasi menggunakan teknologi AI.

Menurutnya, video terbabit yang dikaitkan dengan penerimaan bantuan kewangan daripada individu bernama Datuk Abdul Ghani dan kononnya dimasukkan ke dalam bank, adalah palsu dan tidak berasas.

“Pihak polis IPD Subang Jaya menegaskan bahawa Ketua Polis Negara ke-13 tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang dipaparkan dalam video terbabit.

“Satu laporan polis diibuat oleh bekas Ketua Polis Negara dan menafikan bahawa rakaman video itu adalah kenyataan rasmi beliau,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dab Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis Kontinjen Selangor memandang serius penyalahgunaan teknologi seperti AI untuk tujuan penipuan atau fitnah yang boleh mencemarkan nama baik mana-mana pihak.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula video itu dan diminta untuk sentiasa membuat semakan kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau berkongsi kandungan di media sosial,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top