Paris: Polis Perancis menangkap seorang atlet gusti Olimpik Mesir atas dakwaan serangan seksual pada awal pagi Jumaat di luar sebuah kafe yang dikunjunginya di ibu kota Perancis, kata pejabat pendakwa Paris.
Atlet itu ditangkap kerana didakwa menyentuh punggung pelanggan lain di kafe berkenaan, kata pendakwa dalam satu kenyataan, menambah bahawa satu siasatan dibuka.
Polis tidak mengeluarkan nama atlet itu tetapi delegasi Mesir mengesahkan identiti pelaku itu sebagai Mohamed Elsayed, yang memenangi pingat gangsa di Tokyo 2020 tetapi tewas di peringkat awal di Paris 2024
Jawatankuasa Olimpik Mesir berkata, Elsayed akan menghadapi pendengaran disiplin.
Jika dakwaan disahkan benar, dia mungkin berhadapan dengan hukuman yang boleh termasuk pengharaman seumur hidup dari pertandingan, kata jawatankuasa dalam satu kenyataan.
Elsayed diberikan kebenaran untuk menonton perlawanan akhir dalam kategori berat badannya tetapi kemudian gagal kembali ke ibu pejabat misi dan mematikan telefonnya, kata kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd