Polis terima tiga laporan berkaitan kenyataan fitnah terhadap SPRM

Polis terima tiga laporan berkaitan kenyataan fitnah terhadap SPRM

Polis terima tiga laporan berkaitan kenyataan fitnah terhadap SPRM


suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung penyiaran artikel diterbitkan Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung penyiaran artikel yang diterbitkan syarikat media antarabangsa itu.

“Artikel bertajuk ‘Malaysian Anti-Graft Chief Returns to Stocks After Outcry’ yang diterbitkan pada Selasa lalu tersebut mendakwa Tan Sri Azam Baki memiliki sebanyak 17.7 juta saham dalam syarikat Velocity Capital Partner Bhd.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan danUndang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu memfitnah yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Manakala, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Dalam pada itu, Kumar berkata, siasatan masih berjalan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga PDRM selesai melengkapkan siasatan bagi memastikan prinsip keadilan jenayah di negara ini terus dihormati.

Terdahulu media melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai mengelirukan, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi beliau serta integriti suruhanjaya berkenaan.

Dalam kenyataan menerusi peguamnya, Tetuan Zain Megat & Murad, firma itu memaklumkan pihaknya diarahkan untuk memulakan tindakan berkenaan dan mendapatkan segala tindakan yang berkaitan dengan penerbitan itu termasuk tuntutan ganti rugi dan relief lain yang bersesuaian.

Sebelum ini, laporan Bloomberg mendakwa,Azam, 62, memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.

Nilai pegangan berkenaan dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan, kelmarin.

Menurut laporan Bloomberg, sehingga Selasa lalu nama Azam masih tersenarai dalam daftar pemegang saham Velocity Capital di SSM yang boleh diakses melalui pangkalan data berbayar dan dikemas kini secara berkala.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top